PERMOHONAN MENGIKUTI PROGRAM PENGAJIAN PERINGKAT IJAZAH SARJANA MUDA (IJAZAH PERTAMA PENUH MASA)
LEPASAN MATRIKULASI DI UNVERSITI SAINS MALAYSIA (USM)
UNIVERSITI APEX, SIDANG AKADEMIK 2014/2015

 
Menerajui kecemerlangan dan transformasi pendidikan tinggi negara, Universiti Sains Malaysia (USM) sebagai Universiti Apex yang pertama di Malaysia mempelawa calon-calon lepasan Matrikulasi yang berkelayakan untuk mengikuti program pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda (Ijazah Pertama Secara Penuh Masa), Sidang Akademik 2014/2015.
 
1. SYARAT-SYARAT PERMOHONAN
  Permohonan adalah terbuka kepada Warganegara Malaysia yang berkelayakan Matrikulasi Tahun 2013 sahaja.
 
1.1 Syarat Am
 
i. Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) / Setaraf dengan mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu / Bahasa Malaysia atau kepujian dalam Bahasa Melayu / Bahasa Malaysia Kertas Julai; dan
ii. Lulus Matrikulasi dengan mendapat gred yang baik mengikut keperluan khas program pengajian; dan
iii. Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 1 (Band 1) dalam Malaysia University English Test (MUET); dan
   
1.2 Syarat Khas
 
i. Calon perlu memenuhi syarat khas program pengajian seperti yang dinyatakan dalam SYARAT KEMASUKAN.
   
1.3 Syarat Tambahan Bagi Permohonan Program Pendidikan Untuk Berkhidmat Dengan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)
 
i. Terbuka kepada warganegara Malaysia sahaja
ii. Pemohon mestilah berumur tidak melebihi 30 tahun pada 1 Januari 2014 iaitu lahir pada atau selepas 1 Januari 1984.
iii Calon-calon yang memohon hendaklah sihat tubuh badan, tidak menghidap apa-apa penyakit mental atau fizikal dan berupaya mengikut program-program yang dirangka untuk kursus ini.
   
1.4 Permohonan ke Universiti Sains Malaysia (USM)
 
i. Calon-calon perlu memohon program pengajian yang benar-benar diminati sahaja di USM.
ii. Sekiranya calon hanya berminat dengan 1  program pengajian di USM sahaja, calon tidak diwajibkan untuk memenuhi lapan (8) pilihan program pengajian di USM.
iii. Program pengajian Sains Perubatan, Sains Pergigian, Sains Farmasi,Kejuruteraan Kimia dan Perakaunan merupakan program yang sangat kompetatif di USM dan bilangan tempat adalah terhad.
   
1.5 Permohonan di IPTA lain
  Pemohon yang memohon USM dinasihati supaya turut juga mengemukakan permohonan ke IPTA lain melalui Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi (BPKP) seperti yang akan diiklankan oleh BPKP, Jabatan Pengajian Tinggi.
   
1.6 Calon Yang Berjaya Ditawarkan Tempat Di USM
  Calon yang berjaya dan ditawarkan tempat di Universiti Sains Malaysia juga berkemungkinan akan ditawarkan
tempat di mana-mana Universiti Penyelidikan (RU) lain tertakluk kepada permohonan.
Calon perlu MENGESAHKAN PENERIMAAN ATAU PENOLAKAN terhadap tawaran yang dibuat oleh
USM. Sekiranya calon tidak memberi apa-apa maklum balas dalam tempoh yang ditetapkan, calon
dianggap MENOLAK tawaran..
   
2. TEMU DUGA
 
2.1 Bagi Program Pengajian yang memerlukan temu duga, calon-calon wajib hadir dan lulus temuduga tersebut.
2.2 Tarikh temuduga dan semakan keputusan ujian dan temu duga calon yang terpilih akan dimaklumkan pada bulan April 2014 dan boleh disemak di laman web http://www.usm.my.
2.3 Segala perbelanjaan untuk menghadiri ujian temu duga adalah di bawah tanggungan calon.
   
3. CARA PERMOHONAN MELALUI APLIKASI DALAM TALIAN
(Online Application)
 
3.1 Permohonan kemasukan ke Universiti Sains Malaysia bagi Program Pengajian Lepasan Matrikulasi, Sidang Akademik 2014/2015 adalah melalui Aplikasi Dalam Talian (Online Application) sahaja.
3.2 Pemohon boleh mengemukakan permohonan mulai 20 Januari 2014, jam 12.00 tengah hari.
3.3 Pemohon boleh mengemukakan permohonan melalui pohon@usm dengan kaedah pembelian nombor PIN USM PERDANA di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) dan setiap pembelian nombor PIN USM dikenakan bayaran sebanyak RM40. Seterusnya, calon perlu mendaftar menggunakan nombor PIN USM PERDANA dan nombor Rujukan akan dijana oleh sistem dan akan dihantar kepada emel calon. Calon-calon adalah dinasihatkan untuk mencetak nombor Rujukan dan borang permohonan untuk simpanan dan rujukan.
3.4 Sila klik pada butang HANTAR di bahagian enam (6) - PENGESAHAN bagi melengkapkan proses permohonan anda. Sistem akan mengesahkan status penerimaan permohonan anda.
   
4. SEBARANG PERTANYAAN SILA HUBUNGI :-
  SEKSYEN PENGAMBILAN PELAJAR,
BAHAGIAN PENGURUSAN AKADEMIK,
PEJABAT PENDAFTAR, ARAS 2,
BANGUNAN CANSELORI,
UNIVERSITI SAINS MALAYSIA,
11800, USM, PULAU PINANG



Tel: 1300 888 876
Faks: 04 653 3328
E-mel: admissions@usm.my
   
5. TARIKH TUTUP PERMOHONAN
  Tarikh tutup permohonan adalah pada 07 APRIL 2014 (ISNIN)