LOGIN KE POHON USM
Sila masukkan No. Rujukan & Kata Laluan anda
No. Rujukan :
Kata Laluan :

LOGIN KALI PERTAMA (Pendaftaran Baru)
 

Lupa Kata Laluan /
   No.Rujukan?

Terima kasih kerana melayari pohon@USM

PERMOHONAN

SYARAT KEMASUKAN

PANDUAN

IKLAN

INFO

Portal Rasmi USM
Hubungi Kami
Panduan Permohonan
     
1. Permohonan ke Universiti Sains Malaysia (USM)
     
  1.1  Calon-calon perlu mendaftar melalui laman web https://pohon.usm.my yang boleh dicapai melalui laman web rasmi USM http://www.usm.my.
  1.2 Calon perlu membeli nombor PIN USM PERDANA [RM40] di mana-mana cawangan BSN terlebih dahulu sebelum melakukan proses pendaftaran.
  1.3 Calon akan diberikan nombor Rujukan selepas melakukan pendaftaran. Sila lihat Panduan Pendaftaran dan Tatacara Permohonan.
  1.4 

Calon-calon perlu memohon program pengajian yang benar-benar diminati sahaja di USM.

  1.5  Calon-calon boleh memilih sekurang-kurangnya [1] program pengajian dan maksima lapan [8] program pengajian bagi lepasan Matrikulasi/Asasi Uitm/PASUM dan STPM, manakala empat [4] program pengajian bagi lepasan Diploma/setaraf.
  1.6 Program pengajian Doktor Perubatan, Doktor Pergigian, Sains Farmasi, Kejuruteraan Kimia dan Perakaunan merupakan program yang sangat kompetitif di USM dan bilangan tempat adalah terhad.
  1.7 Calon-calon tidak akan ditawarkan program pengajian yang tidak dipohon.
     
2. Permohonan di IPTA lain
     
  Pemohon yang memohon USM dinasihati supaya turut juga mengemukakan permohonan ke IPTA lain melalui Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi (BPKP) seperti yang akan diiklankan oleh BPKP, Jabatan Pengajian Tinggi. Permohonan boleh dibuat melalui laman web http://upu.moe.gov.my
     
3. Calon Yang Berjaya Ditawarkan Tempat Di USM
     
  Calon perlu mengesahkan penerimaan atau penolakan terhadap tawaran yang diterima dari USM. Sekiranya calon tidak memberi sebarang maklum balas dalam tempoh yang ditetapkan, calon akan dianggap sebagai MENOLAK tawaran.
     
4. Maklumat Am Permohonan
     
  4.1  Bagi Program Pengajian yang memerlukan temuduga, calon-calon wajib hadir dan lulus temuduga tersebut.
  4.2  Tarikh temuduga akan dimaklumkan mulai akhir April 2013 dan boleh disemak di laman web http://pohon.usm.my
  4.3  Segala perbelanjaan untuk menghadiri ujian dan temuduga adalah di bawah tanggungan calon.
     
New Page 1

_____________________________________________________________________________________

Penafian

Polisi

Capaian

Untuk paparan terbaik, sila gunakan Firefox, Google Chrome atau Internet Explorer 7.0 dengan resolusi 1024 x 768
Hakcipta Terpelihara 2014 Seksyen Pengambilan Pelajar, Universiti Sains Malaysia