Permohonan
1. Bilakah pelawaan iklan Permohonan Kemasukan ke USM bagi Sesi Akademik 2014/2015 disiarkan?
  Iklan bagi calon-calon Matrikulasi/Asasi/STPM dan Diploma/Setaraf akan disiarkan pada 19 Januari 2014 di semua akhbar utama seluruh Malaysia.
   
2. Bilakah Pemohon boleh mengemukakan permohonan kemasukan ke USM?
  Permohonan boleh mengemukan permohonan secara talian mulai 20 Januari sehingga 07 April 2014.
   
3. Bilakah tarikh tutup Permohonan Kemasukan ke USM Sesi Akademik 2014/2015?
  Tarikh tutup permohonan pada 07 April 2014.
   
4. Bagaimanakah mendapatkan borang permohonan kemasukan ke USM ?
  Permohonan kemasukan ke USM adalah secara terus tanpa melalui UPU. Permohonan kemasukan ke USM dikenakan bayaran sebanyak RM40. Dengan menggunakan kaedah pembelian nombor PIN USM - PERDANA di mana-mana cawangan BSN. Permohonan melalui Aplikasi Dalam Talian sepenuhnya di laman web http://www.usm.my atau https://pohon.usm.my
   
5. Perlukah saya sertakan salinan sijil sebagai bukti mengesahkan penglibatan Kokurikulum?
  Tidak perlu. Maklumat Kokurikulum akan diselaraskan dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
   
6. Adakah saya perlu menghantar salinan borang permohonan bersama dokumen sokongan ke USM?
  Hanya Lepasan Diploma/Setaraf yang perlu mencetak maklumat permohonan dan menghantar bersama-sama dengan salinan dokumen-dokumen yang telah disahkan ke USM.
   
7. Bilakah keputusan permohonan ke USM Sesi Akademik 2014/2015 diumumkan?
  OGOS 2014.
   
8. Bolehkah pemohon Bukan Warganegara dari Luar Negara atau Penduduk Tetap memohon kemasukan ke IPTA bagi Program Pengajian Lepasan STPM /Setaraf?
  Hanya Warganegara Malaysia sahaja layak memohon melalui aplikasi dalam talian.

Pemohon Bukan Warganegara dari Luar Negara diminta memohon terus ke USM melalui Seksyen Pengambilan Pelajar, Bahagian Pengurusan Akademik dengan menggunakan borang khas yang disediakan oleh USM melalui pautan berikut :-
https://pohon.usm.my/international

   
9. Adakah saya dibenarkan membuat pertukaran/pindaan kod program pengajian selepas mengemukakan permohonan kemasukan ke USM?
  Pemohon boleh membuat pindaan selagi tarikh permohonan belum tamat.
   
10. Adakah saya dibenarkan menukar program pengajian yang ditawarkan oleh USM?
  Dibenarkan selagi tarikh permohonan belum tamat.
   
11. Apakah yang perlu saya lakukan sekiranya ibu bapa tiada sijil kelahiran atau sijil kelahiran hilang?
  Anda boleh mendapatkan cabutan sijil lahir yang hilang atau tercicir di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) terdekat ATAU dapatkan surat akuan dari Pesuruhjaya Sumpah.
   
12. Apakah dasar MUET dalam permohonan kemasukan ke USM bagi Sesi Akademik 2014/2015?
  Pemohon perlu mendapatkan sekurang-kurangnnya tahap 1 (Band 1) dalam peperiksaan MUET bagi kelayakan Lepasan STPM, Matrikulasi dan Diploma/Setaraf yang memohon ke Program Pengajian Ijazah Pertama di USM.

Syarat MUET juga mengambil kira penetapan tahap dan Band tertentu seperti ketetapan lembaga professional. Sila rujuk syarat am dan syarat khas bagi setiap program pengajian. Perlu diingatkan bahawa tempoh sah laku MUET adalah 5 tahun sahaja.

Bagi calon lepasan Diploma/Setaraf yang tidak mempunyai MUET Band 1, kelulusan lain yang setaraf dengan MUET juga akan dipertimbangkan.
   
13. Bolehkah pemohon meneruskan permohonan sekiranya keputusan MUET hanya diketahui selepas tarikh tutup permohonan? Jika ya, bagaimanakah caranya?
  Calon boleh memohon tanpa keputusan MUET. Walau bagaimanapun, calon dikehendaki menghantar dengan kadar SEGERA keputusan MUET sebelum bulan Mei 2014 kepada Seksyen Pengambilan Pelajar. Jika gagal berbuat demikian, permohonan tidak dapat dipertimbangkan.
   
Hebahan/Pertanyaan
14. Bagaimanakah saya boleh mendapatkan status keputusan permohonan ke USM bagi program Pengajian Lepasan STPM/Setaraf?
  Anda boleh menyemak status keputusan permohonan ke USM melalui 2 kaedah berikut :
a) Internet :
-
http://www.usm.my
b) Hot line Seksyen Pengambilan Pelajar, USM :              1 300 888 876
   
15. Di manakah saya boleh mendapatkan bantuan tajaan ke USM?
  Anda diminta merujuk Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) di alamat berikut untuk maklumat lanjut:

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional
Lot G2 Tkt. Bawah Wisma Chase Perdana
Off Jalan Semantan, Damansara Height
50490 Kuala Lumpur
Tel: 03-2098 3731/3732
Fax: 03-2098 3769
Atau hubungi
Bahagian Hal Ehwal Pembangunan Pelajar
Canselori, USM

Atau hubungi

Unit Tajaaan
Bahagian Hal Ehwal Pembangunan Pelajar
Canselori,USM


Jika ada soalan-soalan lain berkenaan dengan kemasukan ke USM, sila kemukakan ke alamat e-mel kami:

-
admissions@usm.my
   
Aplikasi Dalam Talian
16. Adakah kata laluan perlu dimasukkan semasa proses permohonan dan apakah bentuk format yang boleh dimasukkan dalam ruangan kata laluan?
  Semasa proses pendaftaran, anda diwajibkan memasukkan lima (5) elemen iaitu Nombor Kad Pengenalan, Kata Laluan, No. PIN USM - PERDANA, Nama Ibu, Emel dan No. Telefon Bimbit. Kata Laluan perlulah ringkas iaitu terdiri daripada lima (5) hingga lima belas (15)  ‘alphanumeric’ sahaja supaya ia mudah untuk diingati oleh anda.
   
17. Sekiranya saya kehilangan KATA LALUAN setelah membuat permohonan, apakah langkah atau cara terbaik untuk saya melaksanakan proses kemaskini atau semakan permohonan?
  Sekiranya anda kehilangan KATA LALUAN semasa permohonan Fasa 1 dan Fasa 2, anda boleh menggunakan NOMBOR RUJUKAN yang diberikan semasa pendaftaran untuk mendapatkan semula KATA LALUAN anda, ATAU dengan menghubungi Seksyen Pengambilan Pelajar, USM.
No. Tel. : 1 300 888 876
   
18. Bagaimanakah caranya untuk saya mengetahui program pengajian yang dipilih adalah program pengajian yang ada temu duga?
  Program pengajian yang ada temu duga boleh dikenal pasti dengan adanya tanda (#) di bahagian akhir nama program. Contoh adalah seperti berikut:

SH03 - Sarjana Muda Senibina
#
   
19. Saya ingin mencetak semua maklumat yang telah dimasukkan, adakah saya boleh mencetak maklumat permohonan semasa mengisi maklumat?
  Maklumat permohonan hanya boleh dicetak setelah anda selesai mengemukakan permohonan iaitu setelah klik butang "HANTAR". Cetakan daripada laman SEMAKAN dan laman SELESAI PERMOHONAN/KEMASKINI sahaja yang boleh dicetak dan dijadikan bukti dan rujukan bahawa permohonan anda telah selamat diterima oleh sistem.

Maklumat permohonan yang dicetak selain daripada laman ini, TIDAK boleh dijadikan bukti permohonan kemasukan ke USM.
   
20. Bagaimanakah saya boleh ketahui yang maklumat saya telah
selamat diterima oleh sistem ?
  Pemohon boleh mengetahui sama ada maklumat telah diterima atau belum dengan memastikan ;setelah klik butang “HANTAR”, paparan “SELESAI” dipaparkan. Selain itu, pemohon juga boleh membuat Semakan Permohonan bagi mengetahui status penerimaan sistem atas maklumat yang telah dihantar.
   
21. Semasa permohonan Fasa 1, saya belum menduduki peperiksaan semester kedua untuk memperolehi keputusan akhir Matrikulasi/ ASASI, oleh itu bagaimanakah saya ingin membuat pilihan program pengajian bagi kemasukan ke USM?
  Anda boleh membuat pilihan program pengajian semasa permohonan Fasa 1 berdasarkan keputusan Semester Pertama dan setelah keputusan semester akhir diketahui, anda boleh membuat pengemaskinian pilihan program pengajian semasa permohonan Fasa 2 dibuka berdasarkan keputusan sebenar.

Perlu diingatkan program pengajian yang mempunyai ujian dan temu duga tidak boleh diubah semasa Fasa 2 sekiranya calon telah membuat pilihan program bertemu duga semasa Fasa 1.
   
22. Adakah calon yang memohon ke USM bagi Sidang Akademik 2014/2015 perlu menduduki Ujian MUnSyI?
  Tidak perlu.
   
23. Adakah pelajar yang tamat pengajian Ijazah Sarjana Muda Pendidikan dijanjikan penempatan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia?
  Tidak.
   
24. Apakah implikasi / kemungkinan sekiranya memohon USM & UPU, adakah salah satu permohonan akan terbatal?
  Tiada implikasi. Pelajar berkemungkinan akan mendapat dua(2) tawaran dari USM & UPU(RU), kecuali program-program kompetitif (Perubatan, Pergigian & Farmasi).
   
25. Jika saya ditawarkan USM, bolehkah saya memohon Pertukaran Rancangan Pengajian?
  Tawaran adalah muktamad dan pelajar tidak dibenarkan bertukar program pengajian kecuali kes-kes tertentu tertakluk kepada keputusan universiti.  
   
26. Bagaimana caranya membuat RAYUAN kemasukan ke USM?
  Rayuan boleh dibuat melalui atas talian di https://pohon.usm.my setelah keputusan permohonan diumumkan.
   
27. Bilakah keputusan RAYUAN akan diumumkan?
  SEPTEMBER 2014.
   
28. Bilakah pengambilan pelajar ke USM?
  Setahun hanya sekali iaitu pada bulan September.