UNIT PENGAMBILAN PELAJAR, UNIVERSITI SAINS MALAYSIA PENGAMBILAN PELAJAR,BPA - UNIVERSITI SAINS MALAYSIA
    

Saluran Pengambilan

PENGAMBILAN KE USM

USM menawarkan pelbagai program pengajian secara penuh masa kepada calon-calon yang berminat dan berkelayakan. Program seperti Sains, Sains Gunaan, Sains Komputer, Kejuruteraan, Teknologi, Seni, Sains Farmasi, Perubatan, Sains Kesihatan, Pergigian, Sastera, Sains Kemasyarakatan, Muzik, Seni Halus, Pendidikan, Ekonomi, Pengurusan dan Perakaunan, sering menjadikan pilihan para pelajar untuk melanjutkan pengajian di peringkat universiti.

Saluran Pengambilan terdiri daripada :

A. Saluran Perdana (Penuh Masa)
B. Saluran Alternatif (Penuh Masa)
  • Luar Negara / Antarabangsa
  • Saluran Kedua
  • Program Pendidikan Sepanjang Hayat (Warga Sukan, Warga Budaya & Warga Emas)
  • Diploma Kejururawatan
C. Program Pesisir
  • MD USM-KLE
  • Sains Seni Bina, USM - Equator
  • Sains Komputer (Kepujian) USM-UOWM KDUPG
  • Sains (Perumahan,Bangunan dan Perancangan) (Kepujian) (Ukur Bahan) USM-Imperia
  • Sastera (Kepujian) (Bahasa Inggeris Untuk Profesional) USM-UOWM KDUPG
D. Rancangan Pengajian Jarak Jauh (RPJJ)
  • Rancangan Pengajian Jarak Jauh
  • Dwi Ijazah
E. Diploma Lanjutan Kejururawatan Renal
F. Saluran Alternatif : USM + 1

MAKLUMAT LANJUT SALURAN PENGAMBILAN

A.   SALURAN PERDANA (LEPASAN STPM/MATRIKULASI/DIPLOMA/SETARAF)

Mulai Sidang Akademik 2017/2018 permohonan kemasukan ke USM bagi Saluran Perdana adalah melalui Aplikasi Dalam Talian (Online Application) yang diselaraskan oleh Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)..

Pemohon boleh melayari Laman Web https://upu.mohe.gov.my/ untuk mendapatkan maklumat lengkap mengenai syarat am serta keperluan khas program dan seterusnya mengemukakan permohonan melalui Aplikasi Dalam Talian selepas iklan mengenainya disiarkan dalam akhbar utama tempatan.

Untuk keterangan lanjut :-

Bahagian Pengurusan Akademik
Universiti Sains Malaysia

Bahagian Kemasukan Pelajar IPTA (UPU)
Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 4, No. 2 Menara 2, Jalan P5/6
Presint 5 Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62200 Wilayah Persekutuan Putrajaya
Hotline 1 : 03-8870 6767
Hotline 2 : 03-8870 6777
Faks : 03-8870 6864
Emel : upu@mohe.gov.my

B.   SALURAN ALTERNATIF

i.   Luar Negara / Antarabangsa

Pengambilan bagi pelajar bukan warganegara Malaysia / penduduk tetap (PR) dari luar negara untuk melanjutkan pengajian Ijazah Pertama secara penuh masa. Pelbagai bidang ditawarkan kepada calon luar negara seperti Sains Tulen, Sains Gunaan, Sastera, Kejuruteraan dan Sains Kesihatan.

ii.    Saluran Kedua

Pengambilan pelajar baru melalui corak kemasukan saluran kedua adalah dikhaskan untuk calon-calon yang sedang bekerja, yang sebelum ini tidak berpeluang melanjutkan pengajian ke peringkat universiti, untuk memungkinkan mereka memperolehi kelayakan. Program yang ditawarkan adalah seperti Kejuruteraan Awam, Teknologi, Pendidikan Khas, PBP (Perumahan, Bangunan dan Perancangan), Sains Kesihatan, Sarjana Muda Sains Kemasyarakatan (Kepujian) (Perancangan dan Pengurusan Pembangunan) dan Sarjana Muda Kerja Sosial (Kepujian).

iii.    Pendidikan Sepanjang Hayat (Warga Sukan, Warga Budaya & Warga Emas)

Pengambilan pelajar dibawah program pendidikan sepanjang hayat bertujuan untuk membuka peluang kepada individu yang ingin terus menimba ilmu bagi merealisasikan impian untuk memperolehi Sarjana Muda disamping untuk memantapkan kualiti taraf pendidikan negara dan meningkatkan tahap intelektual di kalangan masyarakat Malaysia. Pelajar yang terpilih dibawah Program Pendidikan Sepanjang Hayat akan diberikan diskaun yuran pengajian 50%.

a.  Warga Sukan
Terbuka kepada calon lepasan STPM/Matrikulasi/Pra-U/Setaraf dan mempunyai pengalaman sebagai atlet negeri atau negara yang masih bergiat aktif sekurang-kurangnya 3 tahun.

b.  Warga Budaya
Terbuka kepada calon-calon yang mempunyai pengalaman atau bekerja sekurang-kurangnya 5 tahun dalam bidang berkaitan Seni dan diiktiraf di peringkat negara.

c.  Warga Emas
Terbuka kepada warganegara yang berumur sekurang-kurangnya 50 tahun dan ke atas serta mempunyai pengalaman kerja sekurang-kurangnya 10 tahun dalam bidang berkaitan.

iv.    Diploma Kejururawatan

Program Diploma Kejururawatan USM merupakan satu program profesional yang berfokuskan kepada pendidikan akademik dan latihan klinikal bagi melatih jururawat profesional yang mahir dalam praktis kejururawatan klinikal moden yang selamat serta berupaya menyumbang kepada kesihatan masyarakat. Program ini terbuka kepada calon lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).


C.   PROGRAM PESISIR

i.    MD USM-KLE

Program Off Shore bersama Karnataka Lingayat Education (KLE) University di Belgaum, Bangalore, India mula ditawarkan pada pengambilannya yang pertama mulai Sidang Akademik 2010/2011. Pelajar akan mengikuti pengajian di India selama lima tahun dan dianugerahkan Doktor Perubatan USM setelah menamatkan pengajian.

ii.   Sains Seni Bina, USM - Equator

USM menjalin kerjasama dengan Kolej Equator bagi program Sarjana Muda Sains (Pusat Pengajian Perumahan, Bangunan dan Perumahan) (Kepujian) (Seni Bina). Program ini adalah program sedia ada USM dan disasarkan kepada pelajar lepasan Diploma Teknologi Senibina, Diploma Rekabentuk Dalaman dan Diploma Berbantuan Komputer (CAD) dan Lukisan (Teknologi Bangunan) dari Kolej Equator dengan syarat kelayakan saluran alternatif sedi ada. Program ini ditawarkan di Kolej Equator pada pengambilannya yang pertama mulai Sidang Akademik 2020/2021.

iii.   Sains Komputer (Kepujian) USM-UOWM KDUPG



iV.   Muda Sains (Perumahan,Bangunan dan Perancangan) (Kepujian) (Ukur Bahan) USM-Imperia



v.   Sastera (Kepujian) (Bahasa Inggeris Untuk Profesional) USM-UOWM KDUPG




D.   RANCANGAN PENGAJIAN JARAK JAUH (RPJJ)

i.   Rancangan Pengajian Jarak Jauh

Rancangan Pengajian Jarak Jauh (RPJJ) telah dimulakan oleh Universiti Sains Malaysia (USM) pada tahun 1971 dan merupakan satu rancangan pengajian yang terulung di Malaysia yang menawarkan pengajian Sarjana Muda secara jarak jauh.

Kursus-kursus yang ditawarkan adalah setara dengan kursus yang diikuti oleh pelajar dalam kampus. Bahan pengajaran terdiri daripada bahan bercetak, pita rakaman dan bahan aneka media yang lain.

Jangka masa pengajian ialah selama 4 tahun (minimum) hingga 12 tahun (maksimum). Mereka yang berjaya akan dianugerahkan salah satu Sarjana Muda seperti berikut :

  • Sarjana Muda Sains (Kepujian)
  • Sarjana Muda Sains Kemasyarakatan (Kepujian)
  • Sarjana Muda Sastera (Kepujian)
  • Sarjana Muda Pengurusan (Kepujian)


INFO :

ii.   Dwi Ijazah

Program Dwi Ijazah ditawarkan oleh Pusat Pengajian Jarak Jauh (PPPJJ) kepada pelajar penuh masa Universiti Sains Malaysia (USM) tahun dua ke atas. ijazah yang ditawarkan adalah ijazah yang sama tarafnya seperti Ijazah Sarjana Muda PPPJJ dan Ijazah Sarjana Muda secara sepenuh masa di pusat-pusat pengajian lain di USM.


Struktur Program
  • Matematik / Biologi : 122 Unit
  • Sastera / Sains Kemasyarakatan : 124 Unit
  • Pengurusan : 126 Unit

Tempoh Pengajian
  • Minimum : 3 Tahun
  • Maksimum : 8 Tahun

Kelebihan Program

Program Dwi Ijazah ini membolehkan pelajar memperoleh dua Ijazah sepanjang berada di kampus USM. Ini akan memberikan peluang kepada pelajar untuk menjadi lebih berdaya saing, berkebolehan, dan mempunyai tahap kebolehpasaran yang tinggi apabila memasuki alam pekerjaan berbanding pelajar yang hanya mempunyai satu ijazah sahaja.


Pembelajaran Teradun (Blended Learning)

Program dwi ijazah menawarkan pengalaman pembelajaran yang unik dengan mengandungi pembelajaran bersemuka, pembelajaran atas talian, dan pembelajaran kendiri. Pembelajaran bersemuka merangkumi sesi kuliah, tutorial, dan amali semasa kursus intensif manakala pembelajaran atas talian disokong oleh sidang video, sidang WebEx (web conferencing) dan pelbagai bahan digital lain yang dimuat naik ke portal E-Pembelajaran. Pembelajaran kendiri pula menggunakan siri rakaman E-kuliah/modul yang diterbitkan oleh pensyarah.


E.   DIPLOMA LANJUTAN KEJURURAWATAN RENAL

Program Diploma Lanjutan dalam Kejururawatan Renal ini bermatlamat untuk melahirkan jururawat berdaftar yang cekap dan selamat dalam praktis kejururawatan, serta beretika dan profesional bagi memenuhi keperluan negara terhadap tenaga mahir dalam bidang kejururawatan renal.

Program dijalankan sepenuh masa di Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, Kelantan. Pengajaran dan pembelajaran program dilaksanakan melalui kuliah, latiham amali , latihan praktikal, e-pembelajaran serta projek penyelidikan dan lawatan profesional di beberapa tempat yang berkaitan dengan pengajian.Pelajar juga akan mendapat pendedahan kaedah menulis laporan, kajian kes, ulasan dan hasil penyelidikan secara berstruktur. Pelajar akan menjalani praktikal selama 24 minggu di Hospital USM, pusat rawatan hemodialisis terpilih di dalam dan luar Kelantan atau luar negara. Pelajar juga akan membuat lawatan profesional seperti yang ditetapkan.

Jangka masa pengajian secara sepenuh masa selama 1 tahun (2 semester).

F.   SALURAN ALTERNATIF : USM + 1 (Full Paying Fees)

Pengambilan pelajar baharu melalui corak kemasukan USM+1 adalah saluran khas kemasukan pelajar bagi memberi peluang kepada calon yang mempunyai kelayakan akademik yang cemerlang tetapi tidak mendapat tawaran program yang diminati melalui permohonan UPU untuk melanjutkan pengajian yang menjadi pilihan.

Melalui saluran ini, 51 program pengajian dari pelbagai bidang ditawarkan kepada pemohon yang berminat mengikuti pengajian bagi kemasukan semester 1 dan 2 setiap sidang akademik.

Program yang ditawarkan melalui USM+1 ialah program yang dilaksanakan secara full fees atau yuran penuh tanpa subsidi. Pemohon perlu memahami terma dan syarat kemasukan serta caj yuran pengajian yang dikenakan sebelum mengemukakan permohonan.




PENGAMBILAN PELAJAR, BPA - UNIVERSITI SAINS MALAYSIA PENGAMBILAN PELAJAR, BPA - UNIVERSITI SAINS MALAYSIA PENGAMBILAN PELAJAR, BPA - UNIVERSITI SAINS MALAYSIA PENGAMBILAN PELAJAR, BPA - UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

  HUBUNGI KAMI

UNIT PENGAMBILAN PELAJAR
BAHAGIAN PENGURUSAN AKADEMIK
JABATAN PENDAFTAR
ARAS 2, BANGUNAN CANSELORI
UNIVERSITI SAINS MALAYSIA
11800 USM PULAU PINANG

   1 300 888 876 / 04-653 3196
   04 653 3328
    Isnin - Jumaat
       (8:10 AM - 5:10 PM)
   admissions@usm.my
    Student Admissions USM
    FB Rasmi USM
    Twitter Rasmi USM
    Youtube Rasmi USM


PENGAMBILAN PELAJAR, BPA - UNIVERSITI SAINS MALAYSIA
Hakcipta Terpelihara © 2023 Unit Pengambilan Pelajar, Bahagian Pengurusan Akademik, Universiti Sains Malaysia